Friday, 19 December 2014

Engagement Day . Yayyyyyyyy !

Bismillahirrahmanirrahim .

Assalamualaikum stalkers !

Tu diaaaa .
Lama tak hapdate blog .
Sekali tup tup keluar entry Eday .
Btw , sape yang dah tahu aku dah tunang ? raise your leg !
bagus lah nampak sangat korang sayang aku sbb tahu perkembangan life aku .
thankz yayunkk . muaahhxxxxx !

29th November 2014 .
Wuuuuuuuuuuuuu !
Ade orang masuk minaaaanggggggggggg .
Sape lah jejaka bertuah yang nak kat aku ni kan ?
hahaha . tadaaaaaa !!!!



eh jep sepahtu ke ni ?
hamboiii herni tunang dengan jep ke ?

ehemmm ehemmm ehemmm
harap maaf . ini bukan jep . kembar jep pun bukan .
muka je ade iras sikit .
ini muhammad shamirrul . my encik tunang . (lap uuu yunkk!)

before aku melalut dgn letak gambar eday aku banyak2 .
aku nak share pasal eday dgn korang yg suka stalk aku , yang jugak mungkin tgh planning nak pergi meminang atau nak terima pinangan orang atau tengah berangan nak bertunang .

haaaa ni tips dan pengalaman aku sendiri .

First of all , sebelum berangan nak bertunang tu korang kena ingat satu benda .
Pertunangan ni bukan untuk korang buat main2 .
Zaman bercinta dgn zaman bertunang lain dan lagi lagi lagi lagi lain bila kau dah masuk zaman perkahwinan .
berapa ramai kes putus tunang sekarang ? cerai ? nauzubillah min zalik . mintak dijauhkan biarlah pertunangan aku dengan shamir sampai ke pernikahan sampai ke anak cucu sampai ke akhir hayat sampai ke syurga . INSYAALLAH ! AAMIN !

so buat lah pilihan hati anda dengan tepat .
aku pun dulu sebelum buat keputusan nak bagitahu mak abah pasal nak tunang ,
150 juta kali jugak lah aku pikir .

"betul ke aku nak tunang dgn shamir ni ?"
"betul ke dia ni yang akan bakal handle nakal,degil aku nanti?"
"aku pasti ke aku boleh tempuh semua dgn dia?"
"boleh ke aku nak lalui susah senang dgn dia?"
dannnn ... bermacam2 lagi soalan yang aku duk termenung pikir .

memang lah baru bertunang belum lagi nak kahwin . tapi dari pertunangan lah akan berlaku step seterusnya iaitu PERKAHWINAN .

kau tak nak ke bertunang dgn orang yg sama dan bernikah dgn orang yang sama dan hidup hingga akhir hayat dgn orang yang sama ?
kau tak penat ke asyik tukar2 couple ? setiap tahun tukar couple ? (cakap depan cermin)
serius !penat dohhh !
kau kenal dgn org tu , kenal dgn orang ni , bercinta dgn orang tu , bercinta dgn orang ni , kena tipu , menangis sampai keluar hingussss . haisshhh tak penat ke ?
aku dah rasa semua tu . malas nak cite lelebih .

aku dgn shamir pun kenal tak sampai setahun . act , baru 10 bulan .
tapiiiiiiii ......
10 bulan aku dgn dia tak sama macam korang yang bercinta 10 tahun tapi still tak ke next step .
malas nak cite panjang pasal aku dgn shamir bebanyak . kang korang cakap aku ni over lah , ape lah kan ?

so kite pergi ke tips nk bagitahu mak abah pasal ko nak tunang .

mcm mana aku bagitahu mak abah along semua pasal aku nak tunang ??

hampir seminggu jugak lah aku bertolak darab tambah bahagi semua cara nak bagitahu deme .
tp bila sampai the right time nk bagitahu mesti tersekat kat ank tekak .
tertukar topik lain lah . terkeluar benda lain lah . macam2 .

tak payah lah cite macam mana aku bagitahu . sbb honestly pada asalnya family aku mmg tak setuju sbb dorang nak aku sambung belajar balik . tp disebabkan kenekadan aku , akhirnya dorang setuju jugak .

so tips aku : TERUS DIRECT BAGITAHU BAPAK KORANG DULU , JANGAN BAGITAHU MAK ATAU ALONG ATAU SESAPE . BAGITAHU JE STRAIGHT TO THE POINT . KALAU BAPAK KO GARANG MACAM MANA PUN , INSYAALLAH DIA LAGI MEMAHAMI DAN KO AKAN DAPAT GREEN LIGHT SEPANTAS KILAT ! hahaa

habis dah cite pasal tips bagitahu family .

next is the preparation !

hoi , jangan buat keje last minute hokayyy ! sebb nanti kau kelam kelibut macam aku .
act , aku nak buat eday aku simple je .
tp bila hari tunangnye jadi lain pulak . hahaha

ni duit yang aku habiskan utk eday !

baju tunang + veil = RM 250
make up : RM100
hantaran :
buah : RM 50
kain ela : RM 100
sejadah + kain pelekat = RM 100
coklat = sponsored by kak ogy
kek = RM 80
sirih junjung = kutip daun sirih belakang umah .
Doorgift (botol air+yassin+gula2+paperbag)=along sponsor . terima kasihhh !
bekas2 hantaran + hiasan hantaran =RM330 (MAK ABAH sponsor)
upah gubahan hantaran : cik idah cakap FREE ! terima kasih .
jamuan 100 org : RM800+++ (MAK ABAH sponsor)

so total = RM680 . tak banyak gune duit aku sebab family aku banyak sponsor . ALHAMDULILAH , nanti kahwin sponsor lagi okay ? hahaha

okay , habis dah !
sekarang aku nak belanja korang tengok baju tunang aku .baju tunang aku tailored by MADIHA ROSMAN boleh call dia untuk order kat no 0104143557. dia boleh buat ikut design yang kau nak and boleh buat jadi lagi gorgeous kauuuuu !






haa camne ? cantik kan baju tu . ape lagi . cepat lah dial no kak madiha cepat2 . 
veil tu pun dia buat taw . cantik kan ? tudung aku tu tudung cap kangaroo je , boleh beli rm5 kat jalan tar . hahaha tp lawa jgk kan ?

dah2 , aku dah penat taip n pikir ayat . jom tengok gambar eday aku .












Habis dah !
Tolong doakan semoga kami berdua kekal hingga ke perkahwinan hingga ke akhir hayat hingga ke syurga okay ?
thank you sayang , habiskan baca blog aku .

BYEEEEEEEE!



Thursday, 2 October 2014

Move on (bukan dari kekecewaan putus cinta) tapi ?

Bismillahirrahmanirahim .

Assalamualaikum .
First aku nak cakap raya haji dah dekat . 
lembu dah mula menggelepor (maafkan slang johor saya!) 
tok imam dah start asah parang . 
yang kita ni bila nak mula berperang ?
cop ! cop ! cop !

bukan berperang angkat senjata tu . 
berperang lawan nafsu sendiri lah . 
berperang untuk berubah menjadi yang lebih baik . 

pernah dengor lagu MOVE ON//BRUNO MARS tak ?
kalau tak pernah . meyh aku bagi dengar .


lagu ni bukan pasal move on lepas break dengan couple engkorang . 
cube hayati lirik lagunya .
part yang paling best . 

I come to you now when I need you,
But why do I wait to come see you,

ngape aku cakap part yang aku highlight tu paling best ?
sebab maksud yang tersurat dan tersirat dalam lirik tu "gedebushh" kena kat batang hidung aku sendiri . tak nak cakap orang lain , cakap diri sendiri dulu .

lagu ni bercerita pasal Tuhan . but as a muslim i will change it to ALLAH S.W.T .

"i come to you now when i need you"
bila kita susah baru kita cari sejadah ,
bila kita payah baru kita sarung telekung ,
bila kita parah baru kita angkat takbir .

tapi kenapa kita kena tunggu bila kita susah , payah dan parah baru nak cari tempat bersujud ?

"but why do i wait to come see you?"
kenapa kena tunggu musibah menimpa baru mencari cahaya ?

When I am weak it's you that makes me strong,
And I know that you've been with me all along.

bila kita perlukan baru kita mencari .
sedangkan ALLAH sentiasa ada dengan kita tak kira bila pun . 
dan ALLAH sentiasa sedia menerima kita walau dalam keadaan macam mana pun .
betul tak ? ALLAH tak pernah tinggalkan kita tapi kita yang tinggalkan ALLAH ! 
subhanaALLAH ! begitu kejamnya kita .

bila kita bersuka ria , bersenang lenang dengan pinjaman nikmat di dunia . kita lupa sesuatu .
kita lupa siapa yang memberi nikmat itu . kita lupa siapa yang sentiasa bersama kita . 

cuba kita rasa dan fikir . 
bila orang yang sentiasa kita tolong , yang sentiasa kita teman , yang sentiasa bantu tetibe dia lupakan kita bila dia dah senang . tak ingat langsung apa yang kita dah buat untuk dia .
kau rasa ? kau marah tak ? 
kau rasa ? kau geram tak ?
rasa nak henyak2 je orang macam tu kan ?
mesti rasa tak nak tolong orang tu dah kan ?

tapi kita yang selama ni hidup dalam nikmat dan pertolongan dari ALLAH . 
dengan slumbernya bila kita dalam keadaan senang , gembira kita lupakan Dia . 
kita lupa siapa yang bagi semua itu . 
kita lupa ALLAH . 
Betapa besarnya ALLAH , betapa ALLAH sayangkan kita , dia tetap tolong kita bila kita ditimpa musibah .

Dia beri musibah kepada kita . kenapa ? bukan sebab Dia dah tak sayang .
bukan sebab Dia dah benci . TAPI ?
sebab ALLAH itu Maha Pemurah lagi Maha Penyayang . 
Dia nak kita balik semula ke pangkal jalan . supaya kita tak terus leka dengan nikmat dunia sementara ini .
Dia tak nak tengok kita kena azab kat akhirat nanti . TENGOK ! betapa ALLAH sayangkan kita ni , kita siapa ? Seorang hamba yang hina , yang penuh noda dan cela . 

Disebalik kenikmatan yang diberi . itu juga sebuah ujian . sedar tak sedar ni?
ujian bukan sahaja bila kita ditimpa musibah . tetapi bila diberi nikmat yang banyak . itu juga dipanggil ujian . Ujian nak tengok kita bersyukur atau tidak atas nikmat yang diberi .Ujian nak tengok kita masih ingat ALLAH atau tidak apabila di beri nikmat yang banyak .

Kita selalu fikir kita tahu semuanya . kita pandai dalam semua perkara . kita tahu apa yang kita buat . 
tapi sedar tak kita tak pernah tahu semua perkara ? esok pun kita tak tahu apa yang jadi . tak payah cerita esok lah . seminit dua lagi pun kita tak tahu . mungkin kita tengah bace blog ni lagi atau mungkin tetibe malaikat izrail muncul depan mata . PAP ! innalilahiwainalillahirajiun .

kita selalu buat silap yang sama , tapi kita je yang tak perasan . 
kita dah tahu apa yang kita buat tu salah , tapi kita tetap lalu jugak jalan tu .
akhirnya kita SESAT di hujung jalan .

time dah sesat tu lah baru kita terpikir , baru kita teringat ada Sang Pencipta yang sentiasa bersama kita . 
itu kira untung kalau kita ingat , kalau tak ingat ? Sampai padam pun still dalam KESESATAN .
Nauzubillah . mintak dijauhkan dari kita semua . 

aku bukan cakap engkorang yang bace blog ni . tapi aku bercakap pasal kita . kita ni haa . manusia yang selalu lupa dan alpa . kita tu termasuk sekali aku dan engkorang . 

pernah terfikir tak nak move on dari kesilapan kita ni haa . 
nak move on tapi tetap jugak tak boleh .
tetap jugak nak terus buat salah tu .
macam orang baru break , nak move on tapi still teringat2 ex tu . payah kan ?

tak payah kalau kita bertekad . tak payah kalau kita berusaha . tak payah kalau kita betul2 nak .
tak payah tunggu musibah dah datang baru nak move on cari ALLAH .
tak payah tunggu kononnya "belum sampai seru" "belum sampai hidayah"
seru tu dah sampai , hidayah tu dah ada tapi kita je yang sengaja tunggu seru tu . 
mungkin nak tunggu sampai malaikat izrail menyeru nama kita agaknya . 

MOVE ON ! MOVE ON ! MOVE ON !

nak berubah tu mudah tapi nak terus istiqamah tu payah .
aku tahu . sebab aku dah banyak kali berubah tapi tak mampu terus beristiqamah .
aku bukan cakap orang lain . tapi aku bercakap diri aku sendiri .

just nak remind myself and engkorang yang baca blog ni sekali .
aku tak baik dan aku sedar aku banyak buat dosa . 
jadi mari lah kita sama2 MOVE ON ! 

SEKIAN SAHAJA BEBELAN DARI AKU . 
penat tak baca ? 
maafkan saya ye ?
ASSALAMUALAIKUM .




Thursday, 10 July 2014

#PRAYFORGAZA #GAZAUNDERATTACK #PRAYFORISLAM




tangis teresak tersekat .
hanya raungan tanpa suara .
melihat sekeliling sepi .
darah mengalir dimana-mana .
mayat bergelimpangan di sana sini .

booommm !
dentuman yang menggegar .
dentuman yang memusnahkan .
namun tidak mampu melunturkan iman .
semangat yang teguh masih utuh .

saat kita bersantapan juadah berbuka yang penuh di meja .
saat kita sedang bersahur juga dengan juadah yang penuh di meja .
saat itu saudara kita sedang lari menyelamatkan diri .
saat itu saudara kita sedang menangis tanpa henti .

ISRAELI !
apakah engkau buta ?
kami masih utuh bersama saudara kami .
kami masih teguh perjuangkan agama kami .
kami masih tetap mengenggam tanah kami .

ISRAELI !
engkau hanya parasit .
engkau tidak pernah layak untuk dunia ini .
akhirat langsung tiada tempat untuk kau .
sedar lah !

MUSLIMIN !
bangun . bangkit lah !
saudara kita bermandi darah di sana .
saudara kita sedang bermatian di sana .
saudara kita sedang berjuang demi agama .
apakah kita di sini harus berdiam sahaja ?

MUSLIMIN !
berdiri lah . angkat tangan mu !
mungkin senjata tidak mampu untuk kita .
tapi berdoalah ! berdoalah !
doa itu senjata paling hebat dari berjuta peluru .

ISLAM harus bersatu .
ISLAM harus berjuang bersama .
Jangan biarkan tanah kita terus bermandi darah .
Jangan biarkan kesucian kita terus dicemar oleh ISRAELI !

melihat saudara kita dizalimi .
mendengar tangisan mereka .
menitis darah mereka menuruni setiap sendi .
bangunlah wahai MUSLIMIN !
bersatulah perjuangkan ISLAM .
berjuang lah !
berjuang lah !
berjuang lah !









Thursday, 3 July 2014

Perancangan ALLAH itu TERBAIK .







ALLAH tidak pernah menghampakan hambaNYA .
ALLAH tahu apa yang terbaik untuk setiap hambaNYA .

Aku cuba redhakan diri ni .
tapi tipulah kalau aku cakap aku tak sedih .
tipulah kalau aku cakap aku tak rasa sakit .
tipulah kalau aku cakap aku tak kecewa .
tipulah kalau aku cakap aku tak menangis .
tipulah kalau aku cakap aku okay .

I'M NOT OKAY .

aku masih boleh tersenyum pagi semalam .
aku masih boleh tertawa tengah hari semalam .
tapi aku menangis saat waktu berbuka puasa .
ALLAH . Kau dah merancang segala2nya untuk aku .

bila puan call , aku masih boleh senyum .
bila puan bagitahu berita tu .
aku cuba buat2 senyum .
aku tak sedar air mata keluar .
aku dah cuba tahan . dah cuba . tapi tetap jugak keluar .

"ditamatkan latihan tanpa denda atas sebab masalah kesihatan"
aku rasa macam kena panah petir time tu .
aku rasa macam gelap kat depan aku .
aku rasa macam2 perasaan .
kenapa?kenapa?kenapa macam ni ?
suara aku menggigil . suara puan zaidah pun dah lain .
aku tahu dia sedar aku tengah menangis .

aku terkejut . SUMPAH !
bukan aku tak expect benda ni tapi aku tetap masih simpan harapan benda ni tak jadi .
sekarang dah terjadi .
ALLAH . hanya Kau yang tahu apa aku rasa .

aku cuba kawal air mata aku depan mak abah aku .
aku cuba buat2 gelak .
aku cuba banyak cakap .
aku cuba berlagak macam biasa .
aku tak sanggup pandang muka mak abah .
aku tahu diorang lagi kecewa .
aku tahu diorang nak tengok aku berjaya .
mak abah mana tak nak tengok anak dia berjaya .

maafkan adik . adik tak mampu nak buat mak abah bangga .
adik tak mampu buat mak abah bahagia .
maafkan adik sebab selalu kecewakn mak abah .
maafkan adik .

dan tengah malam semalam .
aku masih cuba untuk tak menangis .
aku cuba simpan apa yg aku rasa dari si dia .
tapi aku kalah .
sebab selama ni aku berkongsi dengan dia segalanya .

aku menangis sepuas2nya dengan muhammad shamirrul .
aku luahkan semuanya .
maafkan saya sebab tak mampu jadi jururawat .
terima kasih sebab sentiasa ada dengan saya .
terima kasih sebab sentiasa lap air mata saya .

ALLAH .
aku tahu KAU telah mengaturkan segala yang terbaik untuk aku .
kau menguji aku pada bulan mulia .
ALHAMDULILAH , Kau masih sayang pada aku hambaMU yang penuh dosa ini .
kuatkan hati hambaMU ni ya ALLAH .
redhakan lah hati aku untuk terima ujianMU .

aku akn cuba usaha buat rayuan .
kalau masih tak dapat .
rezeki itu ada dimana2 .
janji kita BERUSAHA,DOA dan TAWAKKAL .

ALLAH tak kan mengubah nasib seseorang itu tanpa usaha dari orang itu sendiri .
LA TAHZAN .
ALLAH sebaik2 perancang . kan ?
doakan yang terbaik untuk aku . boleh ?
terima kasih untuk doa kalian .
wassalam .




Saturday, 28 June 2014

Ramadhan Datang Lagi .

Ahlan Wasahlan ya RAMADHAN . 

ALHAMDULILAH . seandainya dipanjangkan umur esok semua umat Islam akan berpuasa . 
sepatutnya tahun ni aku berpuasa buat kali ke-4 di bumi Kelantan . 
tapi perancangan ALLAH tu lebih baik . aku redha . ada hikmahnya aku kena extend . 
aku dapat puasa kat rumah , dekat dgn mak abah . 
mungkin ALLAH nak bagi aku peluang beribadah sepanjang bulan puasa . 

ALLAH tu Maha Besar Maha Pemurah.
Mudah-mudahan Ramadhan kali ni lebih berkah dgn amal ibadat yang kita lakukan .
Mudah-mudahan Ramadhan kali ni lebih pahala yang kita perolehi .
kurangkan perkara2 lagha . 
tambahkan membaca al-Quran . 
kurangkan maksiat .
tambahkan solat malam .
insyaALLAH .
kita semua boleh buat .

sekarang musim PIALA DUNIA , lagi mudah lah kan nak bangun solat malam . 
bangun tengok bola boleh , tak kan nak bangun buat solat tahajjud tak boleh kan ?

mungkin ada yang baca blog aku ni akan cakap aku ni bajet bagus , bajet baik je kan ?
ntah2 aku sendiri tak boleh bangun buat solat malam .
YA ! memang aku tak boleh bangun nak buat solat malam tapi aku tetap nak berusaha ubah semua .
banyak dah ujian yang aku dah lalui sebelum ni .
aku anggap ujian yang ALLAH bagi sebelum ni sbb ALLAH nak aku lagi dekat dgn dia . sbb aku dah terlalu jauh dari DIA . aku dah banyak buat dosa . 
tak salah kan kalau aku pun nak cuba dan berazam nak ubah diri aku ? nak cuba bangun solat malam .

aku bukan ustazah . aku bukan perempuan yang bertudung labuh . aku hanya manusia yang pernah buat silap dalam hidup . yang pernah melakukan dosa . aku nak jadi yang lebih baik . aku mohon kamu yang baca blog aku ni doakan aku mampu berubah . 

bukan senang nak berubah . tapi kalau kita cuba dan berusaha . insyaALLAH boleh kan ?
semoga Ramadhan kali ini bagi perubahan dalam hidup aku . 
insyaALLAH . 

malam ni dah start solat tarawih .jangan lupa okayyy ?

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL MUBARAK .

Thursday, 19 June 2014

Mati itu PASTI . Bersediakah kita ?

Ramadhan semakin hampir . Makin kerap berita-berita kematian yang aku dengar . Mati itu pasti . Yang telah pergi tetap akan pergi , kita yang masih hidup ini tidak tahu bila tiba masanya .

Seakan baru minggu lepas berjumpa dengan arwah pak ngah . masih terbayang arwah sedang jirus pokok bunga . masih terdengar bunyi motor . hari ni arwah di jemput menghadap YANG MAHA PENCIPTA . Sudah sampai masanya . Sudah sampai waktunya . Redha .

Kita pula bagaimana ? entah esok atau lusa . entah minggu hadapan atau bulan hadapan . entah mungkin kejap lagi , seminit dua lagi . Kita tak tahu kerana itu rahsiaNYA . DIA dah janji dunia ini hanya sementara , akhirat itu yang kekal selamanya .

Sudah cukupkah amal untuk bawak bekal ke sana? Sudah cukupkah taubat yang dilakukan ? Bersediakah kita untuk ke sana nanti ? Yang sudah pergi , biarlah . Kita hanya mampu kirimkan doa untuk arwah . yang masih hidup ini , persiapkan lah diri untuk ke sana .

Berita kematian yang kita dengar jadikan lah sebagai peringatan . Kita juga bakal menyusul nanti . Kita juga bakal bertemu dengan SANG PENCIPTA .

Setiap manusia pernah melakukan kesilapan dan khilaf . Setiap manusia ada kurangnya walau kita makhluk paling sempurna . Kembali ke pangkal jalan . Kembali mencari keredhaanNYA sebelum ajal menjemput kita pulang .

Aku terfikir . Bila tiba masa aku nanti adakah aku sempat untuk bertaubat ? adakah aku akan pergi dengan mengucap kalimah syahadah ? atau apakah aku akan mati dalam keadaan yang masih kotor dan keji ? ALLAHU ~~

Sungguh ! seriau rasa bila terfikir saat kematian itu datang bila-bila masa . jangan lah aku mati dalam keadaan fasik dan tidak beriman . Aku takut . Aku ingin mencium bau syurgaNYA . Aku tak nak melangkah ke nerakaNYA .

Tunjukkanlah aku ke jalanMU .
Terimalah taubatku sebelum mata terpejam .

Banyak khilaf dan dosa yang telah aku lakukan . terlalu banyak . sampai aku tak sanggup untuk mengingati semua itu . Silap dan silam yang bertindih-tindih membukit . Aku cuma mahu keampunan dariNYA .

Bila kematian di depan mata . seakan ada suara yang berbisik . apakah kau sudah bersedia untuk terbaring kaku dalam kain putih itu ?

ALLAH . bila ujian yang berat kau beri kepada aku . bila kau menguji , aku tahu itu untuk semua dosa yang aku pernah lakukan . terima kasih buat hamba ALLAH tersebut kerana menjadi pengantara untuk mengingatkan aku tentang dosa dan silap aku dulu . kau buat aku tersedar dan semakin dekat denganNYA .

apa yang aku inginkan kini . ambil lah nyawaku saat iman aku sudah sempurna . Aku tak mahu kembali dengan tubuh yang penuh dosa dan noda .

Bersiap sedialah kerana mati itu pasti . ALLAH tidak pernah mengingkari janjiNYA .
AL-FATIHAH buat mereka yang telah pergi .






Friday, 23 May 2014

dark side . nobody is perfect ~~ buka mata kau !






sedar atau kau buat tak sedar .
semua ada sisi buruk nya .
semua ada sisi baik nya .
tiada yang terlalu baik .
dan tiada juga yang hanya jahat sahaja .

jangan memandang orang hanya dengan anggapan kau saja .
jangan hanya tahu menilai orang lain tapi tidak menilai diri kau sendiri .
kau sendiri bukan sempurna .
siapa kau untuk menilai hamba yang lain ?
siapa kau ? siapa ?

sedar lah . tolong buka mata kau .
kau juga tidak sempurna .
kau juga ada kau punya dark side .
buka mata . lihat diri kau .

kau rasa kau sempurna .
kau rasa kau lah yang paling baik di dunia .
silap ! kau juga manusia biasa .
tak kan lari dari kesilapan .
tak lari dari ketidaksempurnaan .

benar ! kita manusia .
ciptaan ALLAH yang paling sempurna .
tapi apa guna ALLAH ciptakan dosa dan pahala .
kerana DIA tahu kau dan aku hanya manusia .
yang akan melakukan dosa , dan akan mengumpul pahala .

setiap yang baik itu pasti ada silam hitam nya .
walau tak banyak tapi pasti ada sedikit khilafnya .

sedar lah . ada bezanya kau dan dia .
mungkin dia pernah buat silap tika waktu dulu .
namun dia bangkit kerana ALLAH menjadi cintanya kini .

kau pula bagaimana ?
kau masih menilai buruknya .
kau masih umpat silamnya .
apakah kau kenal apa itu dosa ?
apakah kau kenal apa itu taubat ?

itu beza kau dan dia .
kau juga tidak sempurna .
kau juga buat dosa .
cuma kau tidak sedar diri .
kau masih terus alpa .

dan dia pula kembali ke jalan yang benar .
membiarkan kau terus mengata .
kerana dia tahu ALLAH sedang mengujinya .

ingatlah kita manusia yang tidak lari dari berbuat kesilapan .
jangan menilai . jangan menuduh . jangan memandang .
tanpa kau cermin diri kau dahulu .



#hanya peringatan kepada diri ku sendiri . salam jumaat !



Wednesday, 14 May 2014

if i had just one more day . ( hurt ~ christina aguilera)

Seems like it was yesterday when I saw your face
You told me how proud you were but I walked away
If only I knew what I know today
Ooh ooh

I would hold you in my arms
I would take the pain away
Thank you for all you've done
Forgive all your mistakes.

There's nothing I wouldn't do
To hear your voice again.
Sometimes I wanna call you but I know you won't be there

Oh, I'm sorry for blaming you for everything I just couldn't do
And I've hurt myself by hurting you

Some days I feel broke inside but I won't admit
Sometimes I just wanna hide 'cause it's you I miss
And it's so hard to say goodbye when it comes to this, ooh, whoa

Would you tell me I was wrong?
Would you help me understand?
Are you looking down upon me?
Are you proud of who I am?

There's nothing I wouldn't do
To have just one more chance
To look into your eyes and see you looking back

Oh, I'm sorry for blaming you for everything I just couldn't do
And I've hurt myself, oh, oh, oh.

If I had just one more day
I would tell you how much that I've missed you since you've been away

Oh, it's dangerous
It's so out of line
To try and turn back time

I'm sorry for blaming you for everything I just couldn't do
And I've hurt myself by hurting you

if i had just one more day . i'll hug you . i'll tell you how much i love you .
but there's no more day for us . 
this song remind me of you , mak !
al fatihah for KEMERIAH BINTI KATIN .

Monday, 12 May 2014

SELAMAT HARI MISI SEDUNIA !


JURURAWAT . kau ingat senang pegang title ni ?
JURURAWAT . orang selalu pandang sebelah mata je .
JURURAWAT . "eleyhh jururawat je pun " tu kata orang selalunya .
JURURAWAT . tak payah lah jadi jururawat kalau kau rase kau senang koyak .

orang mungkin pandang kerja jururawat ni mudah , senang .
kami lah cikgu . mengajar dan mendidik orang ramai .
kami lah consultant . beri rundingan dan nasihat .
kami lah ibu . menjaga penuh kasih sayang .
kami lah kakak , abang , kawan . memberi semangat tanpa berbelah bahagi .

kami bekerja sama macam kalian bekerja .
kami juga manusia .
kami juga seorang ibu kepada anak2 kami .
kami juga seorang anak kepada ibubapa kami .
kami juga seorang isteri kepada suami kami .
kami juga sama seperti orang lain .

ada masa kami letih .
ada masa kami lelah .
tapi kerana niat untuk tengok pesakit tu sihat semula .
pedulikan letih dan lelah  itu .

3 tahun belajar bagaimana untuk membentuk diri seorang jururawat .
Percayalah !
3 tahun tu bukan senang .
3 tahun tu penuh liku .
3 tahun tu perghhh !! tercabut kepala otak .

bayangkan kalau satu hari langsung takde seorang jururawat yang bekerja ?
haaa haru ! biru ! hancur hospital !
bayangkan kalau satu hari langsung takde seorang jururawat yang bekerja ?
percayalah ! doktor tak boleh buat apa .

orang selalu cakap doktor yg jaga dia sampai baik .
doktor hanya berikan diagnosis . prescribe ubat .
tapi jururawat yang 24 jam ada dengan pesakit .
basuh berak . kencing .
ce suruh doktor basuh berak , kencing mandikan pesakit .
percayalah tak de seorang doktor yang sanggup .

JURURAWAT .
menjaga pesakit yang langsung tiada kaitan darah daging .
tanpa kira bangsa , agama .
bukan semua boleh jaga orang lain .
bukan semua boleh jadi jururawat .

kami tak minta hadiah , duit beribu-ribu .
kami cuma minta jangan hina profesion kami ,
bukan semua orang dianugerahkan naluri dan kesabaran seperti kami .
bukan semua boleh jadi jururawat .

kami ada Hari Jururawat ,
tapi kami takde orang yang nak sambut untuk kami .
kami bukan macam cikgu2 , ada Hari Guru .
ada murid dan pelajar yang sambut .
Hari Jururawat kami sama macam hari2 lain . '
tiada yang istimewa .
pesakit pun tak tahu wujudnya hari jururawat .
sedih kan ? tapi kami tak kisah .
sebab hari2 hari jururawat .
hari2 ada jururawat kat hospital tu .
tak pernah sehari tak de jururawat kat hospital .

3 tahun aku belajar jadi jururawat .
and I'M PROUD TO BE A NURSE !

HAPPY NURSES DAY !


Tuesday, 29 April 2014

i can do it .





to be honest .
i'm not strong enough .
to be honest .
i wanna cry all night .

BUT

i know it's no use to cry over a split milk
i know this is my qada' and qadar .
i can't blame anyone .
i can't blame myself .

still i'm only human .
i bleed when i'm fell .
i break when i'm frust .
i'm still human .

how strong i can be ?
i'm only human and a girl .
dua' the only thing i can do .

the fake smile .
it's give me a tasteless life.
the fake laugh .
it's burst to tears inside .

i just gonna do this right .
so please lend me the spirit .
give me your hand . hold me .
so i won't fell .

i can do it .
i can do it .
i can do it .


bukan penyakit aku yang buat aku bertambah sakit . tapi extend semester buat aku berkecai .
i'm breakdown physically and mentally .
hug me please .
hold me please .

Tuesday, 22 April 2014

2nd chance

Aku tak mintak banyak.
Aku hanya mintak peluang.
Tolong beri aku peluang.

Give me a chance.
To stand bravely.
Give me a chance.
To gain my strength.

I just wanna do the right things.
I just wanna do the great things.
Please.
Give me a 2nd chance.

Chance to prove that I'm strong.
Chance to prove that I'm a good nurse.
Chance to prove that I can take care myself and my patients.

Bila nak keluar?

Bila nak keluar?
Soalan yang aku tiada jawapan.
Bila nak keluar?
Ingat aku suka ke duduk sini.

Bila nak keluar?
Kalau aku yg boleh buat keputusan.
Sekarang. Hari ini.
Aku nak keluar.

Bila nak keluar?
Dah tak de soalan lain kau nak tanya?
Aku sendiri letih duduk sini.
Aku sendiri bosan dgn soalan tu.

Bila nak keluar?
Berhenti tanya soalan tu.
Aku stress.
Aku lagi lah nak keluar sangat2.

Bila nak keluar?
Bila nak keluar?
Bila nak keluar?
Bila nak keluar?

Aku menangis kat dalam.
Kau apa tahu.
Aku meraung kat dalam.
Kau tahu apa.

Kau hanya tahu tanya.
Bila aku nak keluar?
Fikir lah!
Aku tak minta semua ni.
Bukan aku nak jadi macam ni.
Bodoh apa aku nak terbaring mcm ni.
Mesti kau fikir aku sengaja sakit.
Mesti kau fikir aku pura2.

Aku tak bodoh nak buat kerja gila.
Aku letih dengan soalan kau.
Stop tanya bila nak keluar.

Sunday, 20 April 2014

Mimpi yang tak pasti

Aku tersedar.
Cuba imbau kembali mimpi yang ku lalui.
Mimpi indah yang tak mungkin jadi realiti.

Andai ianya menjadi realiti
Mungkin aku berfantasi.
Tika impian musnah.
Ku mengharapkan semua hanya mimpi.

Aku bangun.
Lihat keadaan sekeliling.
Gelap dan suram.
Hanya lorong cahaya yang jauh dari pandangan.

Cuba merangkak ke sana.
Tapi seperti tidak dapat ku capai.
Aku hanya mampu memandang.
Mengharap ia semakin mendekat.

Aku duduk.
Fikir ini realiti atau mimpi.
Mencongak apa akan terjadi.
Jalan ke hadapan atau belakang.
Melangkah atau statik kaku di situ.

Aku baring seperti sedia kala.
Memejam mata menghentikan kecelaruan.
Harap ini hanya mimpi.
Mimpi indah yang realitinya pahit.

Ku berharap semua ini terhenti.
Jangan ganggu lenaku lagi.

Friday, 18 April 2014

Hmmm

I wish my mak abah ada kat sini.
Kat sini on my bed side.

I wish I have insurance.
So I never feel like this now.

Lepas satu masalah.
Datang lagi masalah.
Masalah dan masalah.

Mana nak cari rm4500?
Kalau aku dah kerja, senang je semua tu.
Petik jari ada depan mata.

Kenapa kau menyusahkan semua orang herni syafieqa hussin oi?

You don't know about me but I'm feeling?

You don't know about me
But i'm feeling bored.

Boring?
Sangat boring okayyy?

Bila nak discharge ni?
Tahap dewa boring dia ni.

Mengapa mudahnya hati mu meng'admit'kan aku.
Ku lapangkan dada walau aku tak rela.
Semoga kau boring tengok aku kat ward.

Arghhhh! Cepat lah discharge.
Banyak benda lagi yang aku kena buat.

Management lagi 2 hari.
Cross bladder irrigation yg tak present lagi.
Final exam yg dah dekat.

Dan medical board yg duk perhatikn aku.
Ntah dorang nak simpan aku lagi ke tak.

Bosan! Stress!
Bagi lah aku balik.

Aku nak makan nasi lemak umi.
Hmmm
Nok kelikk!

Thursday, 17 April 2014

Lagi dan lagi dan lagi

Sekali lagi. Kat sini aku terbaring.
Sekali lagi. Kat sini aku bermalam.
Umpama hotel. Check in check out.
Dan check in lagi.

Rumah kedua? Tidak!
Ini rumah pertama aku.
Rumah di mana aku rasa semua perasaan.

Sampai bila nak keluar masuk macam ni? Penat!!
Aku benci diri aku sendiri.
Aku benci aku bukan macam orang lain.
Aku benci aku sakit.

Letihh!!
Aku tak nak kena buang.
Aku tak nak kena berhenti.
Tapi?
Kalau orang atas nak berhentikan?
Apa yang aku boleh buat?

Ini cita cita aku.
Ini impian aku.
Menjadi sebahagian medical services.

Aku nak keluar!
Aku tak nak duduk sini lagi.
Aku tak nak terbaring lagi.
Aku tak nak macam ini lagi.

Cukup lah 3 tahun.
Aku dah letih.
Aku dah penat.
Aku dah lelah.

Line biru atas tudung.
Kalau kau bukan milik aku.
Apa yang harus aku buat?

Huh! Bukan mengeluh. Tapi melepas lelah.
Cukup lah.
Hentikan semua ini.




Wednesday, 16 April 2014

Kalau

Kalau keadaan aku bukan seperti sekarang. Aku tak kan tolak yg datang. Yang datang bukan sebarangan. Yang datang aku pasti akn buat aku tersenyum.
Tapiiiii.
Keadaan aku. Diri aku. Jiwa aku. Aku tak mampu untuk terima sesiapa pun.

Kalau kau mampu terima aku seadanya sekalipun. Aku tetap akan tolak.
Aku tak nak susahkan sesiapa.

Risiko akan datang. Kenyataan yg harus aku terima. Realiti yang terpaksa aku tempuh.

Mungkin hari ini aku masih boleh berjalan walau tidak seteguh dulu. Akan datang mungkin aku akan terbaring layu dan kaku. Tak mampu untuk menguruskan kau.

Aku tak nak waktu itu kau rasa susah. Aku tak nak waktu itu kau rasa beban.
Biarkan aku tolak kau sekarang.
Biarkan aku berhenti beri harapan.

Aku doa kau jumpa yang lebih baik. You should find someone better.

Mungkin kerana aku banyak dengar perkataan ''lumpuh'' , ''tak boleh beranak'' dan ''suami lari'' hari ini buat hati terasa rapuh. Sangat rapuh.

Senyum. Itu yang aku mampu. Itu yang aku lemparkan saat semua perkataan itu aku dengar.

Tabah? Tidak! Aku bukan tabah. Tapi aku pasrah.
Kuat? Tidak! Aku bukan kuat. Tapi aku redha.

Entah. Sampai bila aku mampu senyum. Sampai bila aku akn begini. Mungkin sampai nafas terhenti.

Monday, 7 April 2014

Lelah

Dalam mencari kekuatan.
Aku lelah. Aku letih.
Dalam mencari kebahagiaan.
Aku jatuh. Aku tersungkur.

Entah sampai bila aku mampu bertahan.
Entah sampai bila harus begini.

Aku hampir lemas.
Aku hampir pasrah.
Aku hampir berserah.
Aku hampir mengalah.

Aku redha andai ini titik perhentianku.
Aku redha jika line biru itu bukan milikku.
Aku mohon jangan tarik nikmat yg kau berikan.
Aku mohon jangan biarkan aku jd beban.

Berikan aku kekuatan.
Berikan aku ketabahan.
Kuatkan aku utk melangkah.
Tabahkn aku utk terus tersenyum.

Allah.
PadaMu aku memohon.
PadaMu aku bergantung.
Aku terima semua ini sbg pembalasan dosa laluku.

Saturday, 25 January 2014

steroid injection .

Assalamualaikum .

holllaaaa !
nak wish happy new year macam tak patut je kan .
dah hujung bulan 1 baru nak update happy new year .
tok sahh lahh ye ?
kite cite pasal benda lain lahh ekk ?

iolls nak cite pasal STEROID INJECTION !
(iolss kauu jahh !kelas gitewww )

apa yg dikatakan dengan steroid injection ?
menatang ape lah yg aku nak merepek ni ekk ?
ramai yg tak tahu pasal steroid injection .
dan ramai jugak yg tak paham .
dan jugak ramai yg menyalahgunakan steroid injection (atlet lah selalunyerr)
tapi bukan steroid yg atlet ramai salah guna tuuu aku nak cite ni cik joyahhh hoii !

 meyyhh aku nk cite meyhh .

sebelum aku cite steroid injection tu aku cite dulu steroid tu benda apa .
actually steroid ni memang dah ada dalam badan kite . ALLAH dah buat tubuh badan kita ni secara natural nyer menghasilkan steroid . organ apa yg hasilkan steroid ni ? adrenal gland lah opkos !

kenapa nak kena inject lagi kalau dah ada steroid dalam badan ?
haa good question !

sebabnyer steroid dalam badan kite tu dah  tak boleh nak lawan inflammation yg terjadi dalam badan kite lahh . maksud kat sini , steroid yg kite punyer dah tak ummphhh ! sebab tu sakit yg kita alami tu tak sembuh2.

doktor pakar akan suggest steroid injection ni bila sakit tak kurang dan prolong or recurrent pain.

dalam situasi aku . specialist suggest untuk buat SIJ STEROID INJECTION .
SIJ tu menantang ape pulakkkk ?

SIJ stands for SacroIliac Joint .

ini bermaksud (cehhh!ayat tak boleh blahh) injection tu di buat kat sendi sacroiliac . 
kat mana tu ?


haaa nampak tak ?
tahu tak kat mana tu ?
kat bawah sikit dari pinggang . 

kenapa aku kena buat SIJ steroid injection ni ?
before ni doktor diagnosed kan aku as Prolapsed Intervertebral Disease (PID)
but the latest doktor diagnosed kan aku as Sacroilitis ( http://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/sacroiliitis/basics/definition/con-20028653)

aku malas nak cite banyak pasal sacroilitis so , korang nak tahu , korang klik je kat link tu ok ?

SIJ steroid injection ni untuk reduces kan sakit yg aku rasa . 
and aku harap memang akan reduce . insyaALLAH .

pengalaman aku kena injection ni . perghhhh !
sakit hoiii .
hahaha tak de lah tipu je .
doktor bagi local anaesthesia (bius setempat)
so , tak de lah rasa sakit .
kalau tak bagi , harus meraung aku !


jarum besar bapokk ni cucuk kat bontot,kau rase ?
sakit tak sakit ?

time kena cucuk tu aku dalam keadaan sedar dan waras serta teramat lahhhhhh sejukkkkk !
operation room sejukkk bak hangg !

aku buat kat dalam operation room sebab ia melibatkan bone and joint .
dan yg paling tak best nyerr doktor yg cucuk aku tu boleh gelakkan je bila tengokk aku terketar2 tahan sejuk . dia boleh cakap "sejuk ke dik? panas lah kat dalam ni , mana ada sejuk " .

huh ? panas ? panas muuu !

ok , sambung balik .
prosedur injection ni amik masa dalam 1 jam setengah .
tak de lah lama mana pun .
kejap je . dia nak prepare barang tu je yg lambat .

time dia cucuk ubat bius tu je rasa sakit . meleleh jugak lah air mata time tu .
then bila dia cucuk jarum besorr kat atas tuu tak rasa ape2 dahh . just rasa macam geli2 je . tapi tak sakit .

ade orang tanya aku tak takut ke amik steroid injection ni ?
hmm sape kata tak takut ?
opkoshhh lah takut yayanggg oiii .
tapi dari apa yg aku baca tak de lah side effect yg teruk2 .
just kalau injection ni terlebih dose ia akan bagi effect kat bone and joint .
bone and joint akan cepat weak and reput .
tapi itu jangka masa panjang and kerap amik steroid .

apa yang aku rasa sekarang lepas amik steroid injection ?
hmm dah 3 hari . kebas tu macam dah kurang tp bila aku berjalan lama sikit still rasa sakit tuu .
sometimes rasa jugak numbness macam before injection .

tapi yang peliknya aku rasa right side aku pulak yg sakit . before ni left side .
and aku rasa macam tenderness on the right side .
on the injection site tu pun macam ada bengkak sikit .
kalau aku duduk , aku rasa sakit kat tulang tongkeng tuu .

hmm mungkin pain tu reduced gradually kot .
sebab doktor anas ade cakap ari tu .

by the way , aku harap sangat aku tak rasa dah sakit ni . 
letih lah asyik sakit je .
aku nak rasa hidup macam orang normal jugak .
(siapa yg tak nak ye dakk ?)

hoping that no more injection after this .
aku nak jadi kuat mcm nii ..



HAHAHA
 nauzubillah min zalik .
tak nakkkk tak nakkk !
geli jepp badan berketul2 .
faris pun takut nanti .
hahaha

ok lah . sampai sini je lah aku cite pasal steroid injection ni .
bye bye bye !

adios amigos gua berambus !

strong heart ,
hernihussin