Wednesday, 31 July 2013

next week raya ? oh my gucci !

bismillahirahmanirahim . 
assalamualaikum .

aipppp !
haaaa ...
tgh makan ape tu ?
tak puasa eh ?
kantoiiiii !

hari ni tinggal lagi 7 hari lagi nak raya .
haaa ??
next week dah raya ?
biaq betuiiii . 
baju raya tak beli lagi ni hoiii !

makkk ! ibu !! eh ? 
ibu ?
haha .
balunnn je laa . dia kire mak jugak walaupun mak tiri .

tak yah cite pasal baju raya tak beli lagi .
kasut raya tak beli.
handbag raya tak beli.
tudung raya tak beli .
kuih raya tak beli.
haiishhhh!
semua benda aku tak beli lagi nii .

semangat nak raya tahun ni mcm kurang sikit . maybe sebab aku bz sangat ngn assgnment yang berlambak2 mcm gunung lambak . puasa pun ase mcm tak puasa . tipu !!
mesti lah rasa puasa tu .
laparrr ! gila tak rasa puasa ?

dengar lagu raya pun mcm tak de heart feeling . feeling nak balik rumah je . nak raya ? mcm tak de .
dah lah raya ke3 dh kena gerak balik kelantan semula .
haillaaaa ..
serupa tak yah raya je cite dia .

kat kelas . semua sibuk duk bercerita baju raya depa bape pasang . aku ni ? duk senyap membatukan diri je lah . nak beli ape nyer ? duit pun tak dokk .
hmm..
hmmmm..
sape baik hatii ?? cepat angkat tangan !
belanja lah aku sepasang baju raya .
aku nak baju rayer kaler putih .
pleaseeee ..
pleaseeee ....
pleaseeee ..

ok . stopppp !
jangan nak pikir baju raya lah herni .
flip chart tak siap lagi tuhhhh .
baru 50% siap .
tak siap tak raya !

hmmm :'(
dah la dah laa ..
jom lah kita buat flip chart nanti tak boleh balik umahhh .
hishhhh !

SELAMAT BERBUKA PUASA DAN SELAMAT HARI RAYA !
MAAFKAN DIRI INI ANDAI TERSALAH LAKU . TERLEPAS BICARA .
0-0 OK ?

sincerely,
hernihussin :)

Saturday, 20 July 2013

Pendidikan Kesihatan : DIABETES MELLITUS



assalamualaikum .
hye peeps !
ok,topik kita hari ni adalah diabetes mellitus .
ni assgnment aku .
rasa mcm tgh tulis buku pun ade .
yang bawah ni just pengenalan je k ?
belum isi2 nyer lagi .
bapakkk giler panjang pengenalan aku . 
haha .
ok , diam !
baca je k ?


Diabetes Mellitus adalah satu penyakit yang sering berlaku di Malaysia . Perangkaan dari Kaji Selidik Kesihatan dan Morbiditi Nasional (NHMS) menunjukkan pesakit diabetes di Malaysia meningkat 31 peratus dalam lima tahun berbanding peningkatan 11.6 peratus pada 2006 bagi setiap orang dewasa Malaysia berumur 18 tahun dan ke atas . Kira-kira 2.6 juta penduduk Malaysia disahkan menghidap Diabetes Mellitus pada tahun 2012 .

APA ITU DIABETES MELLITUS ?
Diabetes Mellitus merupakan satu gangguan di dalam tubuh badan di mana pancreas tidak dapat menghasilkan insulin yang mencukupi untuk menguraikan glukosa kepada glycogen . keadaan ini akan menyebabkan tubuh badan tidak dapat menggunakan karbohidrat yang diambil dengan sempurna . Glukosa yang tidak digunakan akan terkumpul di dalam darah dan akhirnya keluar melalui urin .

Diabetes Mellitus terbahagi kepada dua jenis :
         i.            Insulin Dependent Diabetic Mellitus (IDDM)
       ii.            Non-insulin Dependent Diabetic Mellitus (NIDDM)

IDDM merupakan Diabetis Mellitus Type I yang bergantung kepada insulin . Pesakit Diabetes jenis ini tidak mempunyai insulin di dalam badan . Biasanya wujud di dalam kalangan kanak-kanak dan belia disebabkan jangkitan virus atau keturunan . Jangkitan virus yang berlaku semasa kanak-kanak seperti MUMPS menyebabkan auto-immune di dalam sistem pertahanan tubuh . Auto-immune bermaksud sistem pertahanan badan menyerang beta cell di pancreas kerana virus tersebut telah menduplikasi sel2 di pancreas . Hasilnya , beta cell tidak dapat hasilkan insulin .

NIDDM adalah Diabetes Mellitus Type II yang tidak bergantung kepada insulin . Insulin masih ada dan dihasilkan oleh pancreas tetapi tidak berkesan disebabkan rintangan atau hyposensitivity. Jika ibu atau bapa mempunyai sejarah penyakit Diabetes risiko anak mendapat NIDDM adalah tinggi . Ia boleh dikawal melalui diet dan senaman atau gabungan diet,senaman dan ubat .

APAKAH DIABETES MELLITUS TIDAK DAPAT DISEMBUHKAN ?
YA. Diabetes Mellitus tidak dapat disembuhkan tetapi dapat dikawal melalui pemakanan dan gaya hidup yang sihat . Kebanyakkan pesakit Diabetes menjadi semakin teruk akibat gagal mengawal dan mengamalkan pemakanan yang sihat dan sesuai dengan keadaan dirinya .

Pesakit Diabetes Mellitus perlu tahu bagaimana untuk mengawal pemakanan dan mengamalkan gaya hidup yang sihat . Pemakanan merupakan asas yang paling penting dalam mengawal Diabetes Mellitus . Kurangkan pengambilan karbohidrat kerana karbohidrat merupakan sumber utama penghasilan glukosa .

Bukan sahaja karbohidrat seperti nasi,roti,mee,pasta perlu dikurangkan tetapi pengambilan gula kompleks juga perlu dikurangkan . Makanan dan minuman yang mengandungi kadar gula yang tinggi seperti air bikarbonat,kuih muih yang manis perlu dielakkan . Kandungan gula yang tinggi dalam masakan akan mengakibatkan peningkatan paras gula dalam darah pesakit diabetes .

Pesakit diabetes juga mudah mendapat serangan hypoglycaemia di mana berlaku kekurangan paras glukosa dalam darah . Pesakit akan berasa menggigil,berpeluh dan pitam . Keadaan ini sering terjadi kerana pesakit langsung tidak mengambil makanan yang menghasilkan glukosa . Badan masih memerlukan glukosa untuk menghasilkan tenaga , maka pengambilan karbohidrat masih perlu tetapi dalam kuantiti yang sedikit dan dihadkan .

KENAPA PESAKIT DIABETES MUDAH MENDAPAT LUKA DI KAKI ?
Glukosa yang tinggi dalam darah lama kelamaan mengakibatkan pengaliran darah ke kawasan kaki semakin berkurangan . Ini akan mengakibatkan sistem saraf pesakit terganggu dan pesakit tidak dapat merasa sensori di bahagian kaki . Pesakit akan lebih mudah mendapat luka dan jangkitan kuman .

Oleh yang demikian , penjagaan kaki adalah perlu bagi mengelakkan komplikasi seperti gangrene,ulcer,infeksi tulang,sendi charot dan sebagainya . Penjagaan kaki yang sempurna dapat elakkan pesakit mendapat jangkitan dan akhirnya akan berakhir dengan amputasi .

Periksa kaki dengan kerap untuk mengesan sebarang kecederaan seperti lebam,melecet,kematu dan luka supaya perawatan awal dapat diberi . Datang segera ke hospital bagi mendapatkan rawatan sekiranya terdapat sebarang luka dan kecederaan . Jangan menyapu atau meletakkan sebarang losyen atau minyak pada luka bagi mengelakkan infeksi .

Pemakanan dan penjagaan kaki adalah penting bagi pesakit Diabetes Mellitus . Mencegah itu lebih baik dari merawat . Mengawal itu lebih baik dari menyesal kemudian hari . 



sekian , itu sahaja dari Prof . Madya Herni Hussin :)

Tuesday, 21 May 2013

STRESS !!

Bismillahirahmanirahim .

Assalamualaikum .. 
hai stalker !

aku tak tahu apa yg aku patut buat . aku tak tahu keputusan apa yg harus aku ambil . kepala aku dah jadi serabut skrg . tersangat2 serabut . aku tak tahu apa yg terbaik untuk diri aku . aku tak tahu !!!

puan suruh aku pindah KSKB JB . 
mak abah along pun sama .
tapi aku tahu aku nak pindah ke tak . hati aku mcm tak nak pindah . aku dah biasa kt sini . aku dah selesa kt sini . kenapa mesti kena pindah ?
sbb aku sakit ? 

setahun setengah je lagi aku nak habis belajar . biar lah aku habis kat sini .
grade sama2 dgn BFF aku .
aku penat pindah randah ni .

dari sekolah sampai sekarang asyik pindah sana pindah sini .
tak pernah kekal kat 1 tempat . aku cuma nak belajar sampai habis kat sini .
aku malas nak mulakan dari awal .

bila pindah kolej , aku kena cari kawan baru yg sesuai dgn diri aku . aku kena cuba sesuaikan dgn persekitaran baru . KSKB dgn KOLEJ KEJURURAWATAN tak sama ok ?
keadaan pun tak sama .

boleh ke aku nak sesuaikan diri kt sana ?

hmm . apa yg patut aku buat ?

kalau aku tak pindah , aku kena extend sem .
YA ALLAH , kenapa lah ujian ni berat sgt ?
aku tak nak kena extend sem lagi . cukup lah sekali . tak nak extend lagi . aku nak grade pada waktu yg sepatutnya . aku nak habiskan dip aku mase umur 22 . tak nak lah tambah setahun lagi .
cukup lah asyik jadi junior . bila aku nak merasa jadi senior ?

STRESS !
kalau kowg kt tempat aku ape yg kowg akn buat ???



lotoflove,
hernihussin

Sunday, 19 May 2013

Antara dua

Bismillahirahmanirahim ..

Assalamualaikum .

hai awk yg tgh baca blog ni !
annyeong !

antara dua ...
apa dua tu ?
antara dua lelaki kah ??
oh TIDAKKKKK !

ini kisah aku , ini cerita aku , perasaan aku . 
mungkin selama ni aku nampak "cool" je .
aku nampak rilex , nampak macam tak de pe2 masalah .
boleh ketawa,boleh senyum , boleh berbual2 .
tapi hakikatnya hanya ALLAH je yg tahu .

mcm mana perasaan kowg bila kowg tak boleh berjalan mcm biasa ?
mcm mana perasaan kowg bila kowg tak boleh berdiri tegak ?
mcm mana perasaan kowg bila kowg tak mampu nak berlari ?
mcm mana perasaan kowg bila kowg tak mampu nak melompat?nak berjalan jauh?

apa yg kowg akan rasa bila semua tu terjadi dgn tetibe kt diri kowg ?

SEDIH ! PEDIH ! KECEWA ! SAKIT ! MARAH !

mungkin masa kowg dtg melawat aku kt hospital aku nampak ok ..
aku nampak sihat ...
aku nampak ceria , gembira .
tapi ...
aku rasa air mata aku dh nak kering ..
sbb setiap kali lepas doktor buat round , 
aku akn nangis , aku tutup muka dgn bantal .
aku lebih rela kena cucuk kt bontot dari aku nangis banyak kali .

sekurang2nyer bila kena cucuk,aku akn tidur lepas tu..
aku tak kan pikir pe2 dah .

buat netball player kt luar sana tu ..
ape kowg rasa bila kowg xdpt pegang bola netball tu lagi ?
kowg xleyh nk sarung bip kt bdn kowg ?

seriously,2tahun aku sakit ..
aku sntiasa mengelak dari tgk owg men netball ..
aku xnk tgk netball .
aku ase perit,sedih setiap kali tgk owg len main netball .

AKU NAK MAIN NETBALL SEMULA !
AKU NAK BERLARI SEMULA !
AKU NAK SHOOT BOLA SEMULA !

kecewa dgn diri sendiri .
kenapa aku jd mcm ni ?
kenapa mesti aku ?
kenapa kaki aku tak rasa ?

aku tahu aku tak patut tanya mcm tu .
aku tahu aku tak patut salahkan takdir .
tapi percayalah ..
setiap org yg sakit akn mengalami keadaan mcm ni .
kt luar kowg nmpk mcm xde pe2 tp kt dlm sebenarnya dia lah yg paling lemah .

benda yang paling aku benci ialah sakit ..
bila aku tak boleh berjalan .
bila aku tak mampu nk duduk walau utk 5 min pun .
aku rasa aku lah manusia yang paling tak guna .

saat kena duduk ats wheelchair .
saat kena pakai tongkat .
saat tgk owg laen pandang pelik .
saat owg laen jadikan aku bahan .

kowg tahu tak ape perasaan aku time tu ?
MALU ! SEDIH ! MARAH !

tapi kowg xnmpk sbb kowg tak rasa benda tu ..
kowg xnmpk sbb aku sentiasa senyum .

bila aku jalan kena pakai tongkat aku rasa dah mcm OKU .
aku rasa xboleh buat apa yg aku suke.
aku tak boleh gi jalan2 .
aku tak boleh gi makan kt tmpt yg aku suka .

dan yang paling penting aku tak boleh sarung uniform nurse dan gi kerje .
aku tak boleh tgk pesakit2 aku .
aku tak boleh belajar benda baru .
NURSE !
itu minat aku,
itu cita2 aku .

aku masih ingat bila aku kena marah dgn doktor masa admit hari tu ..
aku xnk buat operation .
aku nk habiskan belajar dulu .
aku nak pakai line biru kt ats tudung dulu .
aku nak jadi nurse dulu .
tapi ..
doktor ckp :
"sampai bila awk nk bertahan dgn keadaan awk mcm ni ? awk rasa awk boleh tahan lagi utk setahun stgh ?awk rasa awk mampu ? kalau memang pun awk mampu tp badan awk tak mampu , awk paksa diri awk . awk tahu ape akn jd pada diri awk ? awk boleh paralyse . time tu cita2 awk dh terbang ke mana , awk tak mampu nak jd ape2 dh . awk pikir la baik2 "

aku terdiam waktu tu , aku termenung .
aku menangis . aku rasa lemah sgt time tu .
then time tu doktor wira dtg ,
dia bersembang dgn aku .
dah mcm sorang abg bg nasihat kt adik je gaya dia .

"sy tahu cita2 penting bg awk , sy tahu awk nk sgt jd nurse kn ? tp dik , awk pikir lah baik2 . andai kata dalam stahun stgh ni keadaan awk jadi lagi teruk mcm mana ? awk tak boleh jd nurse terus taw.pikir lah baik2. cita2 tu penting tp kesihatan tu lgi penting . "

cita-cita dan kesihatan .
dua2 penting bg aku .
bak kata mak "mak tahu, adik sentiasa nk jd yg terbaik kan ? so , skrg ni pikir lah ape yg terbaik untuk diri adik "

ape yg patut aku pilih .
ape yg patut aku korbankan ?
kalau ikutkan hati , aku pilih cita2 .
tp ape guna cita2 andai aku terpaksa duduk ats wheelchair seumur hidup .

kalau aku pilih kesihatan ,
aku terpaksa extend sem lagi .
aku xnk !!!
cukup lah sekali je extend .
aku xnk duduk dgn group junior lagi ..
aku syg kawan2 yg aku ade skrg ..
aku xnk jauh dgn diowg .
aku nak grade sme2 dgn diowg ..

arrrgghhhhhhh !
ape yg aku patut buat ?
esok gi jumpe doktor lagi .
dah jemu dh aku rasa tgk muka doktor2 tu .
hmmmm ..

LETIH !
PENAT !
KECEWA !

YA ALLAH , kau kuatkanlah iman hambaMU ini . jangan kerana ujian yg tak seberapa ini iman ku semakin kurang . Kau bantulah aku . Kau bukakan lah jalan yang lurus untuk ku . Kau tunjukkan lah jalan yang terbaik untuk diriku . Kau permudahkanlah segala urusanku . AMIN .


semoga semua berjalan dengan lancar .


lotoflove,
hernihussin.

Saturday, 18 May 2013

new look :)

bismillahirahmanirahim .
Assalamualaikum :)

hi peeps ! hi stalker ! hi awak !
tadaaaa....

new look !
lama dah kn aku tak update .
penat jgk nk tukar blogskin ni .
letih .
tp alhamdulilah berjaya jgk akhirnya .
yeayyyy !

blog aku tak cntik mcm org len punye .
tp ok lah jgk kn ?
daripada bersemak samun , bersawang sana ni .

aku tak pandai nak berblog2 ni .
so , aku bnyk refer pd tuto lyssa faizureen .
arigato !

blogskin pun aku amik dari blogskin.com 
design by izyancinnamon .
thnkz !

nk design sendiri aku xtwu nk wat cmne ..
lgpun aku bkn nyer creative .

so , ni lah hasilnya ....
penat tawu =='

ape2 pun thnkz sbb stalk blog ni . ngee ~~~

huh ! :3

masa utk tgk running man !
byeeee !


lotoflove:
hernihussin  ^^

Sunday, 3 February 2013

: twenty first :) :

bismillahirahmanirahim .. 

assalamualaikum :)

yeah ! it's my birthday :)

umur dah 21 ^^
dah boleh kahwin dah . yea , yea , yea !
*gatal*

21 , plez be nice to me . *hoping*

umur makin meningkat , kena jd lebih matang .
kena jd lebih kuat . 
kena jd lebih tabah .
kn ?

untuk tahun2 yg dah lepas .
GOOD BYE !
sob,sob,sob .
sedih pulak ase :'(

tak ready lagi nk jd tua .
hahaha 

i'm still 17 , i guess .
haha

harap untuk tahun2 yg akan datang ,
umur yg semakin meningkat .
aku jd seorang wanita yg kuat dan tabah .

melalui hidup dengan penuh semangat .
dikurniakan kesihatan yg semakin baik .

AKU NAK MAIN NETBALL SEMULA !

tu azam aku .

ok . untuk umur 21 ni . aku dah siapkan misi yg perlu aku laksanakan :)

insyaALLAH , harap2 semua aku dapat buat ^^

MISI 21 :)

1) mohon rebate rm200 . DONE !

2) daftar pengundi .

3) gemok kan badan sikit .

4) jadi matang sikit . sikit je laa ~~

5) nak hilangkan parut jerawat :D

6) control MUNCIT :P

7) cuba berubah jadi yg lebih baik dan solehah . insyaALLAH . Pray for me :')

8) nk simpan duit sikit2 . untuk mse depan ank2 . haha

9) try untuk dapatkn 4.0 . chaiyok !

10) kurangkan waktu tidur dalam kelas . hee ~~

11)  nak turun padang , maen netball . hoping :'(

12) tak perlu pergi TCA ortho lagi .

13) nak jimat qouta broadband :)

14) nak amik lesen kereta :D

15) nak pakai smartphone . kecian aku , baru nak pakai smartphone :(

16) fokus mase dalam kelas . :)

17) xnak jadi kuat marah + sensitif + degil

18) nk belajar memasak dan rajin masak . boleh ke ni ? haha

19)  tulang yg terkeluar tu masuk balik . boleh macam tu ?

20) nak cari CALON untuk jd suami :D

21) last but not least , nak tunang by the end of this age . boleh x ? gatal ~~'


agak2 bape byk misi aku boleh capai ekk ?
hope semua tu boleh capai . aminn :)

so , sesape yg wish besday aku tu .
thnkz a lot .
terima kasih untuk doa kalian :')

tranformasi wajah :)












21 :D



muke still same kn ?
tetap comel je kn ?
haha .
ok , perasan sangat2 !



masa untuk tidur . esok ada beautifulMY :)
kena kutip sampah kt Pantai Irama , Bachok .
kumpulan 1/2012 akan handle program tu esok .
good luck guys !

pukul 6pg pulak tu dh kena gerak .
excited sungguh student nurse ni .
haha .

good night peeps!
assalamualaikum :)
lotoflove,
hernihussin