Thursday, 2 October 2014

Move on (bukan dari kekecewaan putus cinta) tapi ?

Bismillahirrahmanirahim .

Assalamualaikum .
First aku nak cakap raya haji dah dekat . 
lembu dah mula menggelepor (maafkan slang johor saya!) 
tok imam dah start asah parang . 
yang kita ni bila nak mula berperang ?
cop ! cop ! cop !

bukan berperang angkat senjata tu . 
berperang lawan nafsu sendiri lah . 
berperang untuk berubah menjadi yang lebih baik . 

pernah dengor lagu MOVE ON//BRUNO MARS tak ?
kalau tak pernah . meyh aku bagi dengar .


lagu ni bukan pasal move on lepas break dengan couple engkorang . 
cube hayati lirik lagunya .
part yang paling best . 

I come to you now when I need you,
But why do I wait to come see you,

ngape aku cakap part yang aku highlight tu paling best ?
sebab maksud yang tersurat dan tersirat dalam lirik tu "gedebushh" kena kat batang hidung aku sendiri . tak nak cakap orang lain , cakap diri sendiri dulu .

lagu ni bercerita pasal Tuhan . but as a muslim i will change it to ALLAH S.W.T .

"i come to you now when i need you"
bila kita susah baru kita cari sejadah ,
bila kita payah baru kita sarung telekung ,
bila kita parah baru kita angkat takbir .

tapi kenapa kita kena tunggu bila kita susah , payah dan parah baru nak cari tempat bersujud ?

"but why do i wait to come see you?"
kenapa kena tunggu musibah menimpa baru mencari cahaya ?

When I am weak it's you that makes me strong,
And I know that you've been with me all along.

bila kita perlukan baru kita mencari .
sedangkan ALLAH sentiasa ada dengan kita tak kira bila pun . 
dan ALLAH sentiasa sedia menerima kita walau dalam keadaan macam mana pun .
betul tak ? ALLAH tak pernah tinggalkan kita tapi kita yang tinggalkan ALLAH ! 
subhanaALLAH ! begitu kejamnya kita .

bila kita bersuka ria , bersenang lenang dengan pinjaman nikmat di dunia . kita lupa sesuatu .
kita lupa siapa yang memberi nikmat itu . kita lupa siapa yang sentiasa bersama kita . 

cuba kita rasa dan fikir . 
bila orang yang sentiasa kita tolong , yang sentiasa kita teman , yang sentiasa bantu tetibe dia lupakan kita bila dia dah senang . tak ingat langsung apa yang kita dah buat untuk dia .
kau rasa ? kau marah tak ? 
kau rasa ? kau geram tak ?
rasa nak henyak2 je orang macam tu kan ?
mesti rasa tak nak tolong orang tu dah kan ?

tapi kita yang selama ni hidup dalam nikmat dan pertolongan dari ALLAH . 
dengan slumbernya bila kita dalam keadaan senang , gembira kita lupakan Dia . 
kita lupa siapa yang bagi semua itu . 
kita lupa ALLAH . 
Betapa besarnya ALLAH , betapa ALLAH sayangkan kita , dia tetap tolong kita bila kita ditimpa musibah .

Dia beri musibah kepada kita . kenapa ? bukan sebab Dia dah tak sayang .
bukan sebab Dia dah benci . TAPI ?
sebab ALLAH itu Maha Pemurah lagi Maha Penyayang . 
Dia nak kita balik semula ke pangkal jalan . supaya kita tak terus leka dengan nikmat dunia sementara ini .
Dia tak nak tengok kita kena azab kat akhirat nanti . TENGOK ! betapa ALLAH sayangkan kita ni , kita siapa ? Seorang hamba yang hina , yang penuh noda dan cela . 

Disebalik kenikmatan yang diberi . itu juga sebuah ujian . sedar tak sedar ni?
ujian bukan sahaja bila kita ditimpa musibah . tetapi bila diberi nikmat yang banyak . itu juga dipanggil ujian . Ujian nak tengok kita bersyukur atau tidak atas nikmat yang diberi .Ujian nak tengok kita masih ingat ALLAH atau tidak apabila di beri nikmat yang banyak .

Kita selalu fikir kita tahu semuanya . kita pandai dalam semua perkara . kita tahu apa yang kita buat . 
tapi sedar tak kita tak pernah tahu semua perkara ? esok pun kita tak tahu apa yang jadi . tak payah cerita esok lah . seminit dua lagi pun kita tak tahu . mungkin kita tengah bace blog ni lagi atau mungkin tetibe malaikat izrail muncul depan mata . PAP ! innalilahiwainalillahirajiun .

kita selalu buat silap yang sama , tapi kita je yang tak perasan . 
kita dah tahu apa yang kita buat tu salah , tapi kita tetap lalu jugak jalan tu .
akhirnya kita SESAT di hujung jalan .

time dah sesat tu lah baru kita terpikir , baru kita teringat ada Sang Pencipta yang sentiasa bersama kita . 
itu kira untung kalau kita ingat , kalau tak ingat ? Sampai padam pun still dalam KESESATAN .
Nauzubillah . mintak dijauhkan dari kita semua . 

aku bukan cakap engkorang yang bace blog ni . tapi aku bercakap pasal kita . kita ni haa . manusia yang selalu lupa dan alpa . kita tu termasuk sekali aku dan engkorang . 

pernah terfikir tak nak move on dari kesilapan kita ni haa . 
nak move on tapi tetap jugak tak boleh .
tetap jugak nak terus buat salah tu .
macam orang baru break , nak move on tapi still teringat2 ex tu . payah kan ?

tak payah kalau kita bertekad . tak payah kalau kita berusaha . tak payah kalau kita betul2 nak .
tak payah tunggu musibah dah datang baru nak move on cari ALLAH .
tak payah tunggu kononnya "belum sampai seru" "belum sampai hidayah"
seru tu dah sampai , hidayah tu dah ada tapi kita je yang sengaja tunggu seru tu . 
mungkin nak tunggu sampai malaikat izrail menyeru nama kita agaknya . 

MOVE ON ! MOVE ON ! MOVE ON !

nak berubah tu mudah tapi nak terus istiqamah tu payah .
aku tahu . sebab aku dah banyak kali berubah tapi tak mampu terus beristiqamah .
aku bukan cakap orang lain . tapi aku bercakap diri aku sendiri .

just nak remind myself and engkorang yang baca blog ni sekali .
aku tak baik dan aku sedar aku banyak buat dosa . 
jadi mari lah kita sama2 MOVE ON ! 

SEKIAN SAHAJA BEBELAN DARI AKU . 
penat tak baca ? 
maafkan saya ye ?
ASSALAMUALAIKUM .




No comments: