sedar atau kau buat tak sedar .
semua ada sisi buruk nya .
semua ada sisi baik nya .
tiada yang terlalu baik .
dan tiada juga yang hanya jahat sahaja .
jangan memandang orang hanya dengan anggapan kau saja .
jangan hanya tahu menilai orang lain tapi tidak menilai diri kau sendiri .
kau sendiri bukan sempurna .
siapa kau untuk menilai hamba yang lain ?
siapa kau ? siapa ?
sedar lah . tolong buka mata kau .
kau juga tidak sempurna .
kau juga ada kau punya dark side .
buka mata . lihat diri kau .
kau rasa kau sempurna .
kau rasa kau lah yang paling baik di dunia .
silap ! kau juga manusia biasa .
tak kan lari dari kesilapan .
tak lari dari ketidaksempurnaan .
benar ! kita manusia .
ciptaan ALLAH yang paling sempurna .
tapi apa guna ALLAH ciptakan dosa dan pahala .
kerana DIA tahu kau dan aku hanya manusia .
yang akan melakukan dosa , dan akan mengumpul pahala .
setiap yang baik itu pasti ada silam hitam nya .
walau tak banyak tapi pasti ada sedikit khilafnya .
sedar lah . ada bezanya kau dan dia .
mungkin dia pernah buat silap tika waktu dulu .
namun dia bangkit kerana ALLAH menjadi cintanya kini .
kau pula bagaimana ?
kau masih menilai buruknya .
kau masih umpat silamnya .
apakah kau kenal apa itu dosa ?
apakah kau kenal apa itu taubat ?
itu beza kau dan dia .
kau juga tidak sempurna .
kau juga buat dosa .
cuma kau tidak sedar diri .
kau masih terus alpa .
dan dia pula kembali ke jalan yang benar .
membiarkan kau terus mengata .
kerana dia tahu ALLAH sedang mengujinya .
ingatlah kita manusia yang tidak lari dari berbuat kesilapan .
jangan menilai . jangan menuduh . jangan memandang .
tanpa kau cermin diri kau dahulu .
#hanya peringatan kepada diri ku sendiri . salam jumaat !
.jpg)

No comments:
Post a Comment