Thursday, 10 July 2014

#PRAYFORGAZA #GAZAUNDERATTACK #PRAYFORISLAM




tangis teresak tersekat .
hanya raungan tanpa suara .
melihat sekeliling sepi .
darah mengalir dimana-mana .
mayat bergelimpangan di sana sini .

booommm !
dentuman yang menggegar .
dentuman yang memusnahkan .
namun tidak mampu melunturkan iman .
semangat yang teguh masih utuh .

saat kita bersantapan juadah berbuka yang penuh di meja .
saat kita sedang bersahur juga dengan juadah yang penuh di meja .
saat itu saudara kita sedang lari menyelamatkan diri .
saat itu saudara kita sedang menangis tanpa henti .

ISRAELI !
apakah engkau buta ?
kami masih utuh bersama saudara kami .
kami masih teguh perjuangkan agama kami .
kami masih tetap mengenggam tanah kami .

ISRAELI !
engkau hanya parasit .
engkau tidak pernah layak untuk dunia ini .
akhirat langsung tiada tempat untuk kau .
sedar lah !

MUSLIMIN !
bangun . bangkit lah !
saudara kita bermandi darah di sana .
saudara kita sedang bermatian di sana .
saudara kita sedang berjuang demi agama .
apakah kita di sini harus berdiam sahaja ?

MUSLIMIN !
berdiri lah . angkat tangan mu !
mungkin senjata tidak mampu untuk kita .
tapi berdoalah ! berdoalah !
doa itu senjata paling hebat dari berjuta peluru .

ISLAM harus bersatu .
ISLAM harus berjuang bersama .
Jangan biarkan tanah kita terus bermandi darah .
Jangan biarkan kesucian kita terus dicemar oleh ISRAELI !

melihat saudara kita dizalimi .
mendengar tangisan mereka .
menitis darah mereka menuruni setiap sendi .
bangunlah wahai MUSLIMIN !
bersatulah perjuangkan ISLAM .
berjuang lah !
berjuang lah !
berjuang lah !









Thursday, 3 July 2014

Perancangan ALLAH itu TERBAIK .







ALLAH tidak pernah menghampakan hambaNYA .
ALLAH tahu apa yang terbaik untuk setiap hambaNYA .

Aku cuba redhakan diri ni .
tapi tipulah kalau aku cakap aku tak sedih .
tipulah kalau aku cakap aku tak rasa sakit .
tipulah kalau aku cakap aku tak kecewa .
tipulah kalau aku cakap aku tak menangis .
tipulah kalau aku cakap aku okay .

I'M NOT OKAY .

aku masih boleh tersenyum pagi semalam .
aku masih boleh tertawa tengah hari semalam .
tapi aku menangis saat waktu berbuka puasa .
ALLAH . Kau dah merancang segala2nya untuk aku .

bila puan call , aku masih boleh senyum .
bila puan bagitahu berita tu .
aku cuba buat2 senyum .
aku tak sedar air mata keluar .
aku dah cuba tahan . dah cuba . tapi tetap jugak keluar .

"ditamatkan latihan tanpa denda atas sebab masalah kesihatan"
aku rasa macam kena panah petir time tu .
aku rasa macam gelap kat depan aku .
aku rasa macam2 perasaan .
kenapa?kenapa?kenapa macam ni ?
suara aku menggigil . suara puan zaidah pun dah lain .
aku tahu dia sedar aku tengah menangis .

aku terkejut . SUMPAH !
bukan aku tak expect benda ni tapi aku tetap masih simpan harapan benda ni tak jadi .
sekarang dah terjadi .
ALLAH . hanya Kau yang tahu apa aku rasa .

aku cuba kawal air mata aku depan mak abah aku .
aku cuba buat2 gelak .
aku cuba banyak cakap .
aku cuba berlagak macam biasa .
aku tak sanggup pandang muka mak abah .
aku tahu diorang lagi kecewa .
aku tahu diorang nak tengok aku berjaya .
mak abah mana tak nak tengok anak dia berjaya .

maafkan adik . adik tak mampu nak buat mak abah bangga .
adik tak mampu buat mak abah bahagia .
maafkan adik sebab selalu kecewakn mak abah .
maafkan adik .

dan tengah malam semalam .
aku masih cuba untuk tak menangis .
aku cuba simpan apa yg aku rasa dari si dia .
tapi aku kalah .
sebab selama ni aku berkongsi dengan dia segalanya .

aku menangis sepuas2nya dengan muhammad shamirrul .
aku luahkan semuanya .
maafkan saya sebab tak mampu jadi jururawat .
terima kasih sebab sentiasa ada dengan saya .
terima kasih sebab sentiasa lap air mata saya .

ALLAH .
aku tahu KAU telah mengaturkan segala yang terbaik untuk aku .
kau menguji aku pada bulan mulia .
ALHAMDULILAH , Kau masih sayang pada aku hambaMU yang penuh dosa ini .
kuatkan hati hambaMU ni ya ALLAH .
redhakan lah hati aku untuk terima ujianMU .

aku akn cuba usaha buat rayuan .
kalau masih tak dapat .
rezeki itu ada dimana2 .
janji kita BERUSAHA,DOA dan TAWAKKAL .

ALLAH tak kan mengubah nasib seseorang itu tanpa usaha dari orang itu sendiri .
LA TAHZAN .
ALLAH sebaik2 perancang . kan ?
doakan yang terbaik untuk aku . boleh ?
terima kasih untuk doa kalian .
wassalam .