assalamualaikum .
hye peeps !
ok,topik kita hari ni adalah diabetes mellitus .
ni assgnment aku .
rasa mcm tgh tulis buku pun ade .
yang bawah ni just pengenalan je k ?
belum isi2 nyer lagi .
bapakkk giler panjang pengenalan aku .
haha .
ok , diam !
baca je k ?
Diabetes Mellitus
adalah satu penyakit yang sering berlaku di Malaysia . Perangkaan dari Kaji
Selidik Kesihatan dan Morbiditi Nasional (NHMS) menunjukkan pesakit diabetes di
Malaysia meningkat 31 peratus dalam lima tahun berbanding peningkatan 11.6
peratus pada 2006 bagi setiap orang dewasa Malaysia berumur 18 tahun dan ke
atas . Kira-kira 2.6 juta penduduk Malaysia disahkan menghidap Diabetes
Mellitus pada tahun 2012 .
APA ITU DIABETES
MELLITUS ?
Diabetes Mellitus
merupakan satu gangguan di dalam tubuh badan di mana pancreas tidak dapat
menghasilkan insulin yang mencukupi untuk menguraikan glukosa kepada glycogen .
keadaan ini akan menyebabkan tubuh badan tidak dapat menggunakan karbohidrat
yang diambil dengan sempurna . Glukosa yang tidak digunakan akan terkumpul di
dalam darah dan akhirnya keluar melalui urin .
Diabetes Mellitus
terbahagi kepada dua jenis :
i.
Insulin Dependent Diabetic Mellitus
(IDDM)
ii.
Non-insulin Dependent Diabetic Mellitus
(NIDDM)
IDDM merupakan Diabetis
Mellitus Type I yang bergantung kepada insulin . Pesakit Diabetes jenis ini
tidak mempunyai insulin di dalam badan . Biasanya wujud di dalam kalangan
kanak-kanak dan belia disebabkan jangkitan virus atau keturunan . Jangkitan
virus yang berlaku semasa kanak-kanak seperti MUMPS menyebabkan auto-immune di
dalam sistem pertahanan tubuh . Auto-immune bermaksud sistem pertahanan badan
menyerang beta cell di pancreas kerana virus tersebut telah menduplikasi sel2
di pancreas . Hasilnya , beta cell tidak dapat hasilkan insulin .
NIDDM adalah Diabetes
Mellitus Type II yang tidak bergantung kepada insulin . Insulin masih ada dan
dihasilkan oleh pancreas tetapi tidak berkesan disebabkan rintangan atau
hyposensitivity. Jika ibu atau bapa mempunyai sejarah penyakit Diabetes risiko
anak mendapat NIDDM adalah tinggi . Ia boleh dikawal melalui diet dan senaman
atau gabungan diet,senaman dan ubat .
APAKAH DIABETES
MELLITUS TIDAK DAPAT DISEMBUHKAN ?
YA. Diabetes Mellitus
tidak dapat disembuhkan tetapi dapat dikawal melalui pemakanan dan gaya hidup
yang sihat . Kebanyakkan pesakit Diabetes menjadi semakin teruk akibat gagal
mengawal dan mengamalkan pemakanan yang sihat dan sesuai dengan keadaan dirinya
.
Pesakit Diabetes
Mellitus perlu tahu bagaimana untuk mengawal pemakanan dan mengamalkan gaya
hidup yang sihat . Pemakanan merupakan asas yang paling penting dalam mengawal
Diabetes Mellitus . Kurangkan pengambilan karbohidrat kerana karbohidrat
merupakan sumber utama penghasilan glukosa .
Bukan sahaja
karbohidrat seperti nasi,roti,mee,pasta perlu dikurangkan tetapi pengambilan
gula kompleks juga perlu dikurangkan . Makanan dan minuman yang mengandungi
kadar gula yang tinggi seperti air bikarbonat,kuih muih yang manis perlu
dielakkan . Kandungan gula yang tinggi dalam masakan akan mengakibatkan
peningkatan paras gula dalam darah pesakit diabetes .
Pesakit diabetes juga
mudah mendapat serangan hypoglycaemia di mana berlaku kekurangan paras glukosa
dalam darah . Pesakit akan berasa menggigil,berpeluh dan pitam . Keadaan ini
sering terjadi kerana pesakit langsung tidak mengambil makanan yang
menghasilkan glukosa . Badan masih memerlukan glukosa untuk menghasilkan tenaga
, maka pengambilan karbohidrat masih perlu tetapi dalam kuantiti yang sedikit
dan dihadkan .
KENAPA PESAKIT DIABETES
MUDAH MENDAPAT LUKA DI KAKI ?
Glukosa yang tinggi
dalam darah lama kelamaan mengakibatkan pengaliran darah ke kawasan kaki
semakin berkurangan . Ini akan mengakibatkan sistem saraf pesakit terganggu dan
pesakit tidak dapat merasa sensori di bahagian kaki . Pesakit akan lebih mudah
mendapat luka dan jangkitan kuman .
Oleh yang demikian ,
penjagaan kaki adalah perlu bagi mengelakkan komplikasi seperti
gangrene,ulcer,infeksi tulang,sendi charot dan sebagainya . Penjagaan kaki yang
sempurna dapat elakkan pesakit mendapat jangkitan dan akhirnya akan berakhir
dengan amputasi .
Periksa kaki dengan
kerap untuk mengesan sebarang kecederaan seperti lebam,melecet,kematu dan luka
supaya perawatan awal dapat diberi . Datang segera ke hospital bagi mendapatkan
rawatan sekiranya terdapat sebarang luka dan kecederaan . Jangan menyapu atau
meletakkan sebarang losyen atau minyak pada luka bagi mengelakkan infeksi .
Pemakanan dan penjagaan
kaki adalah penting bagi pesakit Diabetes Mellitus . Mencegah itu lebih baik
dari merawat . Mengawal itu lebih baik dari menyesal kemudian hari .
sekian , itu sahaja dari Prof . Madya Herni Hussin :)