Kalau keadaan aku bukan seperti sekarang. Aku tak kan tolak yg datang. Yang datang bukan sebarangan. Yang datang aku pasti akn buat aku tersenyum.
Tapiiiii.
Keadaan aku. Diri aku. Jiwa aku. Aku tak mampu untuk terima sesiapa pun.
Kalau kau mampu terima aku seadanya sekalipun. Aku tetap akan tolak.
Aku tak nak susahkan sesiapa.
Risiko akan datang. Kenyataan yg harus aku terima. Realiti yang terpaksa aku tempuh.
Mungkin hari ini aku masih boleh berjalan walau tidak seteguh dulu. Akan datang mungkin aku akan terbaring layu dan kaku. Tak mampu untuk menguruskan kau.
Aku tak nak waktu itu kau rasa susah. Aku tak nak waktu itu kau rasa beban.
Biarkan aku tolak kau sekarang.
Biarkan aku berhenti beri harapan.
Aku doa kau jumpa yang lebih baik. You should find someone better.
Mungkin kerana aku banyak dengar perkataan ''lumpuh'' , ''tak boleh beranak'' dan ''suami lari'' hari ini buat hati terasa rapuh. Sangat rapuh.
Senyum. Itu yang aku mampu. Itu yang aku lemparkan saat semua perkataan itu aku dengar.
Tabah? Tidak! Aku bukan tabah. Tapi aku pasrah.
Kuat? Tidak! Aku bukan kuat. Tapi aku redha.
Entah. Sampai bila aku mampu senyum. Sampai bila aku akn begini. Mungkin sampai nafas terhenti.
1 comment:
Sedih bile bace...
Post a Comment