Saturday, 28 June 2014

Ramadhan Datang Lagi .

Ahlan Wasahlan ya RAMADHAN . 

ALHAMDULILAH . seandainya dipanjangkan umur esok semua umat Islam akan berpuasa . 
sepatutnya tahun ni aku berpuasa buat kali ke-4 di bumi Kelantan . 
tapi perancangan ALLAH tu lebih baik . aku redha . ada hikmahnya aku kena extend . 
aku dapat puasa kat rumah , dekat dgn mak abah . 
mungkin ALLAH nak bagi aku peluang beribadah sepanjang bulan puasa . 

ALLAH tu Maha Besar Maha Pemurah.
Mudah-mudahan Ramadhan kali ni lebih berkah dgn amal ibadat yang kita lakukan .
Mudah-mudahan Ramadhan kali ni lebih pahala yang kita perolehi .
kurangkan perkara2 lagha . 
tambahkan membaca al-Quran . 
kurangkan maksiat .
tambahkan solat malam .
insyaALLAH .
kita semua boleh buat .

sekarang musim PIALA DUNIA , lagi mudah lah kan nak bangun solat malam . 
bangun tengok bola boleh , tak kan nak bangun buat solat tahajjud tak boleh kan ?

mungkin ada yang baca blog aku ni akan cakap aku ni bajet bagus , bajet baik je kan ?
ntah2 aku sendiri tak boleh bangun buat solat malam .
YA ! memang aku tak boleh bangun nak buat solat malam tapi aku tetap nak berusaha ubah semua .
banyak dah ujian yang aku dah lalui sebelum ni .
aku anggap ujian yang ALLAH bagi sebelum ni sbb ALLAH nak aku lagi dekat dgn dia . sbb aku dah terlalu jauh dari DIA . aku dah banyak buat dosa . 
tak salah kan kalau aku pun nak cuba dan berazam nak ubah diri aku ? nak cuba bangun solat malam .

aku bukan ustazah . aku bukan perempuan yang bertudung labuh . aku hanya manusia yang pernah buat silap dalam hidup . yang pernah melakukan dosa . aku nak jadi yang lebih baik . aku mohon kamu yang baca blog aku ni doakan aku mampu berubah . 

bukan senang nak berubah . tapi kalau kita cuba dan berusaha . insyaALLAH boleh kan ?
semoga Ramadhan kali ini bagi perubahan dalam hidup aku . 
insyaALLAH . 

malam ni dah start solat tarawih .jangan lupa okayyy ?

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL MUBARAK .

Thursday, 19 June 2014

Mati itu PASTI . Bersediakah kita ?

Ramadhan semakin hampir . Makin kerap berita-berita kematian yang aku dengar . Mati itu pasti . Yang telah pergi tetap akan pergi , kita yang masih hidup ini tidak tahu bila tiba masanya .

Seakan baru minggu lepas berjumpa dengan arwah pak ngah . masih terbayang arwah sedang jirus pokok bunga . masih terdengar bunyi motor . hari ni arwah di jemput menghadap YANG MAHA PENCIPTA . Sudah sampai masanya . Sudah sampai waktunya . Redha .

Kita pula bagaimana ? entah esok atau lusa . entah minggu hadapan atau bulan hadapan . entah mungkin kejap lagi , seminit dua lagi . Kita tak tahu kerana itu rahsiaNYA . DIA dah janji dunia ini hanya sementara , akhirat itu yang kekal selamanya .

Sudah cukupkah amal untuk bawak bekal ke sana? Sudah cukupkah taubat yang dilakukan ? Bersediakah kita untuk ke sana nanti ? Yang sudah pergi , biarlah . Kita hanya mampu kirimkan doa untuk arwah . yang masih hidup ini , persiapkan lah diri untuk ke sana .

Berita kematian yang kita dengar jadikan lah sebagai peringatan . Kita juga bakal menyusul nanti . Kita juga bakal bertemu dengan SANG PENCIPTA .

Setiap manusia pernah melakukan kesilapan dan khilaf . Setiap manusia ada kurangnya walau kita makhluk paling sempurna . Kembali ke pangkal jalan . Kembali mencari keredhaanNYA sebelum ajal menjemput kita pulang .

Aku terfikir . Bila tiba masa aku nanti adakah aku sempat untuk bertaubat ? adakah aku akan pergi dengan mengucap kalimah syahadah ? atau apakah aku akan mati dalam keadaan yang masih kotor dan keji ? ALLAHU ~~

Sungguh ! seriau rasa bila terfikir saat kematian itu datang bila-bila masa . jangan lah aku mati dalam keadaan fasik dan tidak beriman . Aku takut . Aku ingin mencium bau syurgaNYA . Aku tak nak melangkah ke nerakaNYA .

Tunjukkanlah aku ke jalanMU .
Terimalah taubatku sebelum mata terpejam .

Banyak khilaf dan dosa yang telah aku lakukan . terlalu banyak . sampai aku tak sanggup untuk mengingati semua itu . Silap dan silam yang bertindih-tindih membukit . Aku cuma mahu keampunan dariNYA .

Bila kematian di depan mata . seakan ada suara yang berbisik . apakah kau sudah bersedia untuk terbaring kaku dalam kain putih itu ?

ALLAH . bila ujian yang berat kau beri kepada aku . bila kau menguji , aku tahu itu untuk semua dosa yang aku pernah lakukan . terima kasih buat hamba ALLAH tersebut kerana menjadi pengantara untuk mengingatkan aku tentang dosa dan silap aku dulu . kau buat aku tersedar dan semakin dekat denganNYA .

apa yang aku inginkan kini . ambil lah nyawaku saat iman aku sudah sempurna . Aku tak mahu kembali dengan tubuh yang penuh dosa dan noda .

Bersiap sedialah kerana mati itu pasti . ALLAH tidak pernah mengingkari janjiNYA .
AL-FATIHAH buat mereka yang telah pergi .