Saturday, 20 July 2013

Pendidikan Kesihatan : DIABETES MELLITUS



assalamualaikum .
hye peeps !
ok,topik kita hari ni adalah diabetes mellitus .
ni assgnment aku .
rasa mcm tgh tulis buku pun ade .
yang bawah ni just pengenalan je k ?
belum isi2 nyer lagi .
bapakkk giler panjang pengenalan aku . 
haha .
ok , diam !
baca je k ?


Diabetes Mellitus adalah satu penyakit yang sering berlaku di Malaysia . Perangkaan dari Kaji Selidik Kesihatan dan Morbiditi Nasional (NHMS) menunjukkan pesakit diabetes di Malaysia meningkat 31 peratus dalam lima tahun berbanding peningkatan 11.6 peratus pada 2006 bagi setiap orang dewasa Malaysia berumur 18 tahun dan ke atas . Kira-kira 2.6 juta penduduk Malaysia disahkan menghidap Diabetes Mellitus pada tahun 2012 .

APA ITU DIABETES MELLITUS ?
Diabetes Mellitus merupakan satu gangguan di dalam tubuh badan di mana pancreas tidak dapat menghasilkan insulin yang mencukupi untuk menguraikan glukosa kepada glycogen . keadaan ini akan menyebabkan tubuh badan tidak dapat menggunakan karbohidrat yang diambil dengan sempurna . Glukosa yang tidak digunakan akan terkumpul di dalam darah dan akhirnya keluar melalui urin .

Diabetes Mellitus terbahagi kepada dua jenis :
         i.            Insulin Dependent Diabetic Mellitus (IDDM)
       ii.            Non-insulin Dependent Diabetic Mellitus (NIDDM)

IDDM merupakan Diabetis Mellitus Type I yang bergantung kepada insulin . Pesakit Diabetes jenis ini tidak mempunyai insulin di dalam badan . Biasanya wujud di dalam kalangan kanak-kanak dan belia disebabkan jangkitan virus atau keturunan . Jangkitan virus yang berlaku semasa kanak-kanak seperti MUMPS menyebabkan auto-immune di dalam sistem pertahanan tubuh . Auto-immune bermaksud sistem pertahanan badan menyerang beta cell di pancreas kerana virus tersebut telah menduplikasi sel2 di pancreas . Hasilnya , beta cell tidak dapat hasilkan insulin .

NIDDM adalah Diabetes Mellitus Type II yang tidak bergantung kepada insulin . Insulin masih ada dan dihasilkan oleh pancreas tetapi tidak berkesan disebabkan rintangan atau hyposensitivity. Jika ibu atau bapa mempunyai sejarah penyakit Diabetes risiko anak mendapat NIDDM adalah tinggi . Ia boleh dikawal melalui diet dan senaman atau gabungan diet,senaman dan ubat .

APAKAH DIABETES MELLITUS TIDAK DAPAT DISEMBUHKAN ?
YA. Diabetes Mellitus tidak dapat disembuhkan tetapi dapat dikawal melalui pemakanan dan gaya hidup yang sihat . Kebanyakkan pesakit Diabetes menjadi semakin teruk akibat gagal mengawal dan mengamalkan pemakanan yang sihat dan sesuai dengan keadaan dirinya .

Pesakit Diabetes Mellitus perlu tahu bagaimana untuk mengawal pemakanan dan mengamalkan gaya hidup yang sihat . Pemakanan merupakan asas yang paling penting dalam mengawal Diabetes Mellitus . Kurangkan pengambilan karbohidrat kerana karbohidrat merupakan sumber utama penghasilan glukosa .

Bukan sahaja karbohidrat seperti nasi,roti,mee,pasta perlu dikurangkan tetapi pengambilan gula kompleks juga perlu dikurangkan . Makanan dan minuman yang mengandungi kadar gula yang tinggi seperti air bikarbonat,kuih muih yang manis perlu dielakkan . Kandungan gula yang tinggi dalam masakan akan mengakibatkan peningkatan paras gula dalam darah pesakit diabetes .

Pesakit diabetes juga mudah mendapat serangan hypoglycaemia di mana berlaku kekurangan paras glukosa dalam darah . Pesakit akan berasa menggigil,berpeluh dan pitam . Keadaan ini sering terjadi kerana pesakit langsung tidak mengambil makanan yang menghasilkan glukosa . Badan masih memerlukan glukosa untuk menghasilkan tenaga , maka pengambilan karbohidrat masih perlu tetapi dalam kuantiti yang sedikit dan dihadkan .

KENAPA PESAKIT DIABETES MUDAH MENDAPAT LUKA DI KAKI ?
Glukosa yang tinggi dalam darah lama kelamaan mengakibatkan pengaliran darah ke kawasan kaki semakin berkurangan . Ini akan mengakibatkan sistem saraf pesakit terganggu dan pesakit tidak dapat merasa sensori di bahagian kaki . Pesakit akan lebih mudah mendapat luka dan jangkitan kuman .

Oleh yang demikian , penjagaan kaki adalah perlu bagi mengelakkan komplikasi seperti gangrene,ulcer,infeksi tulang,sendi charot dan sebagainya . Penjagaan kaki yang sempurna dapat elakkan pesakit mendapat jangkitan dan akhirnya akan berakhir dengan amputasi .

Periksa kaki dengan kerap untuk mengesan sebarang kecederaan seperti lebam,melecet,kematu dan luka supaya perawatan awal dapat diberi . Datang segera ke hospital bagi mendapatkan rawatan sekiranya terdapat sebarang luka dan kecederaan . Jangan menyapu atau meletakkan sebarang losyen atau minyak pada luka bagi mengelakkan infeksi .

Pemakanan dan penjagaan kaki adalah penting bagi pesakit Diabetes Mellitus . Mencegah itu lebih baik dari merawat . Mengawal itu lebih baik dari menyesal kemudian hari . 



sekian , itu sahaja dari Prof . Madya Herni Hussin :)

No comments: