bismillahirahmanirahim ..
assalamualaikum .
sesungguhnya setiap apa yang berlaku pada kita ada hikmah disebaliknya .
apabila kita sakit , ALLAH menarik segala nikmat yang diberi olehNYA .
tapi bukan hanya nikmat yang ditarik ,
dosa-dosa yang kita pernah lakukan juga akan ditarik sekali .
sakit itu penghapus dosa .
jgn mengeluh wahai hati .
jgn menyalahkan takdir .
tapi bersyukurlah kerana ALLAH memberi masa untuk diri bertaubat .
ALLAH memberi peluang untuk kita sedar .
ALLAH membuka ruang untuk kita memohon keampunan .
SEBELUM kita kembali padaNYA.
setahun lebih aku diuji dengan kesakitan .
setahun lebih aku bertahan .
tiada rasa seronok pun sakit ni .
"misi,misi sakit ke ?bkpe jalan gitu ?"
"misi pun boleh sakit ke ?"
malu setiap kali pesakit2 bertanya .
bgaimana mahu merawat pesakit andai diri ini juga seorg pesakit .
malu apabila ketika uniform putih tersarung di badan ,
aku pula terbaring di atas strecher atau pun terpaksa duduk di atas wheelchair .
YA ALLAH !
aku tahu KAU menguji ku ,
aku tahu KAU ingin menyedarkan ku .
aku tahu kesakitan ini untuk menghapuskan dosa lalu ku .
KAU kuatkan diri hambaMU ini .
KAU sembuhkan lah penyakit ku .
KAU tabahkan hati ku .
KAU gagahkan tubuhku untuk terus membantu pesakit2 yang lain .
Amin .
love.
hernihussin
.jpg)
.jpg)
No comments:
Post a Comment