Thursday, 20 September 2012

: perginya si comel adif :

bismillahirahmanirahim .
assalamualaikum. 

al-fatihah untuk arwah MUHAMAD ADIF NUR IMAN .
pergi menghadap ILLAHI pada 20 SEPTEMBER 2012 @ 7 am .

si comel yang masih tidak mengerti apa2 .
dilahirkan dengan dextrocardia ,
*jantung disebelah kanan , scra normalnya jantung kita di sebelah kiri *


ADIF yang comel .
begitu kuat si kecil ni hadapi semua complication .
kecik2 dh wat operation jantung .
glenn shunt procedure .

apa itu glenn shunt procedure ?
procedure di mana superior vena cava di buat highway terus ke right pulmonary artery .
highway ni di buat untuk membawa darah yang kurang beroksigen terus ke paru2 .
so,darah yang kurang beroksigen tu akan bertukar menjadi darah beroksigen .
sebab kena buat prosedure ney ?
sebabnya salah satu chamber kt jantung adif lemah .
*jantung kita de 4 chamber : right atrium,right ventricle,left atrium,left ventricle*
highway ney elak guna chamber yg lemah tu .
*siapa yg belajar jantung , mesti paham bende ni*


belum cukup setahun pemergian arwah bondaku yang tercinta .
family aku menerima khabar pemergiaan si kecil ADIF dgn redha .

akak aku pasti lebih terasa .
kerana dia lah ibu yang mengandungkan si kecil ni .
dia la ibu yang sentiasa berada di IJN menanti si kecil ini sembuh .
kami redha sbb perginya adif bermakna tiada lagi kesakitan dan keperitan yang perlu dirasai oleh si kecil ni.

buat kakak :
epi tahu kakak kuat ,
epi tahu kakak sayang adif sbb dia keluar dari rahim kakak.
adif pun kuat sbb dia mampu bertahan dgn segala masalah jantung .
adif pergi sebab dia xnk kakak terseksa tgk dye sakit .
adif akn tggu kakak kt sana .
epi sentiasa ada utk kakak.

si kecil adif yang kuat ,
suka senyum , suka ketawa .
walaupun cik ngah x rapat ngn adif .
cik ngah tetap rase pemergiaan adif .
cik ngah tetap sayang adif .


AL-FATIHAH untuk si kecil MUHAMAD ADIF NUR IMAN dan bondaku tercinta KAMERIAH BINTI KATIN .

semoga roh mereka dicucuri rahmat .


"setiap yang hidup itu pasti mati "
"dari DIA kita datang , kepada DIA juga kita kembali "


No comments: